Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Wednesday 4 November 2015

Untuk kita jaga

Bismillah. Allahumma solli a'la muhammad. 



*pause Lagu 'Layar Keinsafan' *

*mula menulis* 

Pejam celik pejam celik lagi 4 minggu saja masa berbaki di sini, masa nak berpraktikal, masa nak merasa masakan best dari Along, masa nak bergurau senda lagi gembira bersama anak-anak buah cilik, masa untuk kenal tempat baru, masa untuk hadap report, masa nak merasa keberadaan dan begitulah. Akhirnya ini sajalah masa yang tinggal, ya empat minggu. Hujung Disember nanti dah submit draft. Kemudian awal hingga pertengahan Januari urusan penyerahan report dan presentation. 

Fuh. Allahu. 

Pantas bukan masa itu berlalu? How time flies. Ada masa kita harus sedar yang kita semakin melangkah ke masa hadapan. Dari saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam, dan hari ke hari. Kita semakin dimamah usia, entah bila kita akan dijemput-Nya. Banyak pulak masa-masa berharga yang dilalui.  Syukur pada-Mu ya Allah. Terlalu banyak 'ibrah yang dapat dikutip lalu dihadamnya menjadi panduan pada masa hadapan.

Walaupun selepas ini, mungkin nanti jarak kita semakin jauh, tapi 'jauh' itu hanyalah jarak. Mungkin nanti kita masing - masing akan menjadi cukup sibuk dengan taklifan yang ada sehingga kita tidak lagi boleh berhubung sentiasa. Tapi doanya, kita saling mendoakan dari jauh. Agar ukhuwwah ini tujunya cuma kepada redha Allah.

Sesungguhnya, persahabatan dan rasa ini HADIAH paling bermakna dari Allah. 

Untuk kita jaga. 

Buat sahabat yang saya kagumi karektormu dari jauh kerana Allah.













No comments: