Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Thursday 29 October 2015

Yang benar, saya

Bismillah. Allahumma solli a'la muhammad.



Assalamu'alaikum wbt.

Suatu petang, di sebalik sela-sela waktu yang agak terabai untuk diisikan dengan perkara yang bermanfaat. Saya duduk di pinggiran tanaman-tanaman bunga, memerhatikan si kecil yang segan-segan menegur sesama sendiri. Pun begitu, masing-masing menggunakan gaya bahasa badan sebagai komunikasi dan itulah yang buat mereka lebih erat. Lebih riang bermain walaupun masing-masing masih tak kenal nama. Saya bahagia melihat mereka, seperti tiada apa yang membebankan. Apalah sangat yang difikirkan pada usia mereka?

Termenung. Mengenang hal-hal yang mungkin awal untuk difikir.

Betullah, terkadang susah bukan menjaga hati orang yang kita sayang? Terserahlah siapapun. Lalu hati sendiri juga tersakiti. Kita buat tak endah, kononnya hati kuat. Sebenarnya tak!

Bila difikirkan balik, siapa kita yang hanya mahu kesempurnaan? Mahu segalanya ikut cara kita?

Ya itulah kita yang juga tidak sempurna. Yang tak pernah merasa bagaimana payahnya orang yang jatuh itu bangun kembali. Ya, tak pernah merasa di tempat itu. Hanya duduk sendiri merasa jatuh bangun sendiri. Padahal jika kita rasa jatuhnya kita inilah yang paling berat, kita salah. Ada yang lagi hebat ujiannya.

Berbeza-beza, mengikut upaya.

Rujuk tafsir firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah, ayat 286.




No comments: