Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Friday 3 July 2015

Tiada apa, cuma Meluah Rasa

Bismillah.
Allahumma solii a'la muhammad.

Tergerak saat ini untuk berkongsi rasa apa adanya.

Dalam hidup ni. Kita sering mencari kepuasan kesempurnaan. Juga kebahagiaan. Lalu ramailah orang yang merancang untuk semua itu. Sehingga terlupa apa yang Allah aturkan untuk kita.

Begitu begini. Itu ini. Terlalu banyak kenapa dan kenapa.

Siapa dalam dunia ni yang cuba menidakkan erti kebahagiaan. Menafikan hakikat jiwa yang mencari bahagia. Siap yang suka gundah gulana bersarang di jiwa? Apa yang aturkan kepada kita itu sebenarnya yang terbaik untuk kita sesuai dengan kemampuan kita sekadar mana untuk melalui dugaan dalam liku-liku kehidupan.

Seperti mana yang telah Allah nyatakan dalam Surah al-Hadid ayat 22 dan  23 yang bermaksud:
"Tidak terjadi satu bencana pun pada diri kamu sama ada di langit dan di bumi melainkan dalam pengetahuan Allah. Itu sungguh mudah bagi Allah."
Dalam Surah al Ankabut ayat 2 yang bermaksud:
"Apakah kamu mengira kamu beriman sedangkan kamu tidak diuji?"
Bukankah dalam Surah al Baqarah ayat 216 yang bermaksud:
"Ada perkara yang kamu suka itu tidak baik untuk kamu"
Kita cuma hamba yang masih dan hanya mampu merancang.
Namun.
Sila yakin dan benar-benar percaya hanya dengan tarbiyah.
Semua ini mampu menetapkan hati kita.

Ini.
Perkara besar, 
Yang teramat besar yang perlu kita fikirkan bersama.

3 final paper to go! Bersemangatlah Arni Shuhada. Hajat doa semua.
Terima kasih yang mendoakan kejayaan selama ini.

Berkat doa mama dan keluarga. Para asatizah. Sahabat-sahabat dan doa siapa yang tidak saya tahu.

*senyum*

Moga Allah redha,
:')




No comments: