Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Friday 3 July 2015

Kerdip Sebutir Bintang

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang




"Arni Shuhada hanya bersara dalam tiket NGO je yea.  Dalam Islam jangan pernah bersara."
Tiada yang sentap melainkan yang sentap belaka. Ini whatsapp yang saya terima dari salah seorang rakan aktivis dakwah. Deep! Sungguh terkesan kata-kata itu membuat saya sejenak berfikir.

Futurkah aku?

Tidak, saya tidak pernah terfikir pun ingin menarik diri sepenuhnya dari bergiat aktif dalam dakwah dan kesukarelawan.  Namun, apa yang saya fikirkan sekarang tentang kebajikan keluarga saya. Apa gunanya jika kita sibuk memikirkan dan merancang untuk ummah tetapi sedikit sekali kita memalingkan wajah dan keprihatinan kita pada keluarga dan saudara-mara yang terdekat?  Mungkin pemikiran dan keperluan kita berbeza.  Saya dan kalian ada tugas masing-masing, ada keperluan, ada mad'u yang harus dititikberatkan. Saya bukan berundur, melarikan diri pada 'kesibukan' kebajikan.  Tetapi saya melihat pada keluarga yang lebih memerlukan saya.

Saya tidak melihat perbezaan itu satu jurang yang memisahkan, malah saya melihat ianya untuk diraikan. Malah persamaan pula untuk kita sama-sama syukuri.

Saya beri satu analogi ini, kerdipan kecil sebutir bintang. Mari kita lihat bintang-bintang yang berkedipan di hamparan langit gelap.  Ada bintang-bintang kecil menyerikan segenap ruang tersebut.  Jauh dari mata, tetapi cahanya tetap berkedipan. Kerdipannnya tidak mampu melawan cahaya bulan yang lebih terang dan menyerlah, namun ianya mampu memberi beberapa petunjuk bagi si pelayar pada pekat malam.

Kerdipan bintang, umpama cahaya kecil yang cuba kita kerdipkan, itulah cahaya Islam. Meskipun ianya kecil dan jauh seperti bintang dan bumi tetapi dengan kerdipan berpandu cahaya Ilahi, kita mampu untuk berbakti pada ummah untuk menuju ke satu destinasi menggapai Redha ya Rabbi.

Andai saya berpeluang untuk 'turun padang' bersama ummah, pasti saya tidak akan melepaskan detik itu. Kerana di situ ada kekuatan yang Allah alirkan bersamanya. Kepada ummah, ingin sekali saya luangkan masa dan tenaga untuk kalian kerana-Nya.

Insya-Allah.

*senyum*








No comments: