Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Monday 6 July 2015

Nikmat Bersama yang Masih Ada

Bismillah.
Allahumma solii a'la muhammad.

Seminggu lebih.

Rasanya, jika diberi waktu cuma seminggu sahaja lagi, apa agaknya yang boleh dilakukan? Mungkin banyak jika perancangannya bagus dan tersusun. Namun tidak bagi yang agak serabai menguruskan masa.

Bukankah Allah ada berfirman dalam surah Al-Asr, ayat 1 hingga 2 yang bermaksud:

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian."  

Benarlah, jika waktu itu tersia dengan kelekaan yang seadanya, maka rugilah. Rugilah kita yang mensia-siakannya.

Pejam celik pejam celik, sungguh sekejap satu minggu masa yang berbaki di sini, bumi UiTM Kelantan. Jika dua tahun terasa seperti sekejap saja, inikan lagi seminggu. Kan?

Dan sesungguhnya, detik untuk berulang-alik ke universiti, detik meluangkan masa bersama teman-teman sekelas, detik nak jadi pelajar itu sebenarnya tinggal lagi seminggu. Bersediakah?

*tak sanggup nak fikir.

Benarlah orang-orang cakap, kita tidak akan lebih rasa menghargai selagi orang atau something else itu masih di depan mata kita. Bila dah tiada, mulalah rasa rindu, rasa sayang and etc. Lalu, saya ambil 'ibrah daripadanya.

Syukur, degree life berakhir bersama bulan Ramadhan yang mulia. Allahu'akram. Bahkan Allah beri rezeki lagi nak rasa dan nikmati bulan Ramadhan pada musim final exam hampir sebulan. Sungguh banyak pengajaran yang boleh menghidupkan jiwa. Nikmat-nikmat ukhuwah yang tiada berbelah bahaginya.

"Nikmat mana yang kau nak dustakan lagi?"

Time inilah semua orang pakat-pakat berlumba kumpul pahala. Kalau di mana-mana  masjid, jemaahnya sangat ramai. Tapi sayangnya, jumlah yang ramai ini tidak kekal sehingga ke akhir Ramadhan. Lagi sayang, tidak berkekalan sehingga selepas Ramadhan sekalipun. Bulan-bulan lain sunyi. Saya selalu wonder bagaimana agaknya suasana Masjid di Mesir sana? Bumi para Anbiya'. Pastinya 10 malam terakhir mereka, ramai yang beriktikaf di masjid. Bawa anak-anak kecil sekali. Pemandangan bagi saya masha-Allah sangat membahagiakan!

Ramadhan Terakhir bersama Teman.

Bila sebut 'terakhir', terasa sayu mengenangkan. Tapi nak buat macam mana, itulah peraturan kehidupan. Yang bermula, pasti akan ada pengakhirannya. Sebagai seorang yang masih single, tidak bekerja dan tidak punya komitmen yang besar, gunakanlah waktu yang ada sebaiknya. Gunakan nikmat masa lapang ini dengan sebaiknya. Bila dah berkahwin, dah ada anak punya komitmen yang besar, bila sibuknya bekerja, masa dan peluang seperti single tidak lagi sama. Kan?

Bak kata mama, "Enjoy being a single. Enjoy being a student."

Sehingalah lafaz sakinah itu terlafaz, tanggungjawab itu sudah semakin besar.

Eh. Cakap pasal kahwin pulakkkk! *sigh!

Akhir kata, mari kita guna kesempatan yang ada untuk terus menambah pahala. Mari kita berukhuwah selagi mereka masih ada di depan mata. Nanti sudah jauh rindu-rinduan pula. Dan hajat doa yang tiada putusnya antara kita. Moga Allah redha :)

Salam Ramadhan Kareem.
Arni Shuhada,
UiTM Kelantan. 





No comments: