Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Saturday 27 June 2015

Randomly Post : 'Pergiku, Mencari Diri.'




Bismillah.

Assalamu'alaikum wbt.

[Peringatan : Post hambar, cerita tiada apa makna]

Alhamdulillah, hari ini sudahpun berlalu. Well, banyak benda yang jadi dua tiga hari ini.  Oh please! Tiap-tiap hari, memanglah something new happened!  Kan.

Lepas je jawab exam tadi, roomate ajak keluar pergi bandar.  Actually, dia tak ajak sangat pun, tapi I yang willing dan gedik nak temankan.  Why not? Risau kot, dia tu perempuan, and of course as a roomate yang bertanggungjawab I harus temankan dia.

Kami pergi Kedai Buku. Seronok masuk kedai buku, bau buku baru.  Emm, best! Hah, sah lah kau memang pelik Arni Shuhada!  Eh. But then, saya tak berhajat nak beli apa-apa pun.  Saja temankan Fatin ni.  Ikut je dia. Dia pergi rak tu, saya ikut.  Dia pergi rak sana, saya ikut.  Semua saya ikut, haha.  Memang nampak macam menyibuk.  But hey tengoklah, saya very protective okay!  Sebenarnya, saya dapat rasa yang Fatin tak berapa okay lately.  I don't know why. Boleh nampak riak muka dia lain.  Mungkin stress nak exam.  Mungkin.

So nak dipendekkan cerita lagi, daripada hajat awalnya tak nak beli apa-apa tu, tetapi akhirnya saya ambil sticky index notes satu.  Alah, yang colourful kecil-kecil tu.  Okay kalau tak tahu juga, pergi google search.  Fatin cakap kan dah nak habis belajar dah, buat apa benda tu. Selambanya saya cakap alah saja nak buat tanda dekat al-Quran.  Masa nak bayar dekat kaunter, saya pegang benda kecil tu, punyalah semangat nak bayar walaupun satu barang tu je.  Yelah, memang dah lama terfikir nak beli, yang sedia ada sudah lama kehabisan.  Beratur punya beratur, ada seorang kakak nurse ni. Nampak macam betul-betul rushing.  Saya tengok jam, sudah hampir 2 petang.  Patutlah!  Memang rushing lah.  So, hakak tu bagi duit minta saya bayarkan memandangkan saya dah kat depan.  Saya benarkan saja dia potong barisan, dia tersenyum sambil tengok sticky index notes yang saya pegang di tangan bersama dengan beberapa keping not biru.  Dia ambil lalu mahu membayarkannya.  Saya menolak, tetapi dia tetap berkeras. 

Katanya, sedekah bulan puasa. Terkebil-kebil saya, terhutang budi. Terima kasih hakak Misi! Alhamdulillah.

Kemudian, kami balik bilik. Penat. Kaki saya makin sakit lately ni.  Saya buat tak tahu je. Malas nak layan sangat, tak mahu cengeng.  Fatin suruh saya pergi klinik, saya refused. Biarlah.

Solat.

Saya tengok Fatin muram lagi.  Dia berehat lalu tertidur.  Saya buka laptop. Hajat dari semalam lagi nak tengok movie Perempuan Lindungan Kaabah.  Done!

Lepas solat Asar,  kami berlengah dari pergi awal ke Bazaar. Nampak Fatin pun macam penat dan masih muram.  Dalam jam 6 setengah petang kami keluar, Rupanya memang betul Fatin ada krisis.  Dapat agak dah!  Saya cuba jernihkan suasana sebaik mungkin.  Walaupun tak dapat nak tolong dia sepenuhnya, sekurang-kurangnya saya cuba yang termampu.

Well, hari ini datang mood berpuisi di petang hari. Saya bacakan Fatin puisi ni. Macam menyelami perasaan dia ketika ini. Moga kamu baik-baik saja. Doanya begitulah. Insya-Allah.

'Pergiku, Mencari Diri.'

Pergi,
Bukan lari,
Sebaliknya mencari diri

Sungguh tidak menjadi sesiapa,
Itu lebih indah dan bermakna.

Aku,
Rela pergi, membawa diri,
Tanpa berpaling lagi.

Sudahlah mencari,
Pergi ini bukan pergi yang abadi.

Tetapi andai,
Andai suatu hari,
Bila pergi ini tidak kembali,

Doakan aku Teman.

Moga aku dikembalikan pada-Nya dengan aman.

Pergiku bukan kerana kesombongan,
Aku mencari diri yang hilang,
Berterbangan...
Dek arus manusia yang semakin menyesakkan.

Aku hanya insan,
Bukan Srikandi kayangan,
Biarlah aku mencari diri,
Diri aku yang hilang.

-Arni Shuhada,
Machang, Kelantan.

Ramadhan kareem!

"Di bulan Ramadhan ini, kita kena PAKSA diri untuk cari redha Allah s.w.t sampai jadi paksa rela sehingga akhirnya menjadi suka rela. Latih."
-dia, yang di sana.

No comments: