Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Wednesday 1 October 2014

Semalam, 30 September 2014.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah wa syukurillah.  Semalam tersengih tersenyum. Selebar mungkin ukiran gembira itu. Eh.

Hadiah dari Allah.

Lebih kurang sebulan lepas, saya menghantar penulisan non-kreatif (khusus kepada penulisan berbentuk motivasi dan perkongsian sahaja) kepada pengasas LangitIlahi.com, saudara Hilal Asyraf untuk sesi pemilihan kemasukan ke Akademi Langit Ilahi Sesi 2014/2015. 

Semalam tidak senang duduk saya dibuatnya. Mana taknya, hampir sebulan saya menunggu keputusan. Mendebarkan. Saat-saat beginilah, kebergantungan hanya pada Allah. Setelah usaha yang mungkin berapa sangatlah nilai timbangannya, tidak seberapa. Tawakal hanya kepada Allah. Moga keputusan ini mendamaikan hati, menyejukkan suasana diri. Redho. Biarpun bagaimana keputusannya saya terima. Sudah adat, setiap keputusan pasti adanya yang berjaya, dan ada yang kandas. Setiap orang impikan kejayaan mengiringi setiap perjuangan. 

Bagi saya, 

Kegagalan lah yang kita tempuh, menggagahkan diri ke arah tuju kejayaan. Nah, haruslah bersabar. Kan? Fasobrun jameel.  Sabar itu indah. 


Segalanya jua milik Allah. Syukur.
Moga 'medan' ini 'saham' saya di akhirat kelak. Terima kasih pihak LangitIlahi.com kerana menjadi asbab kegembiraan ini. Alhamdulillah.

Tunjuk ajarku sifu, saudara Hilal Asyraf. 

1 comment:

Ina Abdullah said...

Keep it up..moga Allah permudahkan saudari =)