Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Monday 7 April 2014

Ziarah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Ukhuwah islamiyah.

Hari ini. Saya tertunduk mengumpul kekuatan. Masya-Allah.  

“SubhanAllah. Indahnya Islam,” Abi tersenyum. Manis. Dia membahagikan puding itu kepada satu kumpulan kepada satu kumpulan yang lain.

Saya duduk bersama-sama membentuk bulatan ukhuwah itu. Abi datang mendekati sambil menghulurkan pinggan yang sudah siap dengan puding di dalamnya. Dia hulurkan kepada saya.  Masya-Allah. Saya senyum tanda terima kasih, saya tahu dia tak nampak pun senyum saya. Dalam bulatan, adik-adik bergilir-gilir ingin menyuapkan secebis roti kepada saya. Saya juga tidak melepaskan peluang menyuapkan mereka. Allah, nikmat. Makan mengikut sunnah Rasulullah saw. Rasa tautan hati antara kami semakin teguh.

Pertama kali saya sampai di teratak ini. Teratak yang terdapat 29 orang adik-adik yatim(muslimat). Seorang demi seorang datang menghulur tangan bersalaman dengan kakak-kakak relawan. Allah, sayu hati saat saya dipeluk mereka.

Agak janggal pada mulanya. Baik dari pihak kami ataupun pihak adik-adik Rumah Anak Yatim Lilbanat Darul Naim. Ini pertama kali kami bersua. Pertama kali juga saya sendiri berjumpa dengan ahli-ahli relawan Islamic Outreach ABIM. Adik-adik di sini semuanya muslimat, tak kekok untuk bertanya khabar. Sifat pemalu melambangkan perisai mawar agama. Mereka tahu menjaga adab sopan, tutur kata yang lemah lembut dan tingkah laku yang beretika. Saya tenang menghayati sifat keperibadian setiap orang daripada mereka. Semuanya mempunyai keistimewaan masing-masing.

Abi. Seorang yang saya kagumi sifat budi pekertinya. Tatkala melihat dia tersenyum, saya nampak jernih wajahnya berseri. Dapat saya lihat bagaimana dia menghayati ukhuwah islamiyah. Lidahnya sering  dibasahi zikrullah. Allah, betapa syukurnya. Impian saya terealisasi. Biah soleh dan solehah ini lah mahu saya kecapi sebelum saya pergi meninggalkan segala isi dunia fana ini.

Betul, kadang saya rasa tidak layak. Bagaikan diri sehina-hina hamba-Nya. Lumuran dosa tercalit tidak terhitung banyaknya. Allah Allah Allah. Hanya pada-Mu ku mohon maghfiroh. Selama ini saya cuma hajatkan, doa, usaha Allahurabbi mungkin sedikit sahaja. Tetapi hari ini Allah tunaikan hajat. Bersua dengan aktivis dakwah. Masya-Allah, kerdilnya diri. Hari ini sama-sama turun melihat sendiri ummah kini, generasi kini, permata-permata harapan.

Aliran halawatul ukhuwah itu sesuatu  yang saya rasa apa yang nak saya rasa selama ini. Melihat mereka tersenyum memberi saya suntikan semangat jihad fisabilillah dalam diri. Allah, aura mereka kuat. Tiada kata-kata atau puisi mampu menggambarkan bagaimana aura mereka terkesan kepada jiwa saya.  Barakallah.

Pengalaman mengajar erti kehidupan yang sebenar-benarnya.

Hampir setengah hari bersama mereka. Seperti erti sebuah kehidupan seabad saya dapat. Dalam tidak langsung, mereka banyak mengajar saya erti kekeluargaan, membawa saya kepada betul-betul mengecapi kemanisan ukhuwah islamiyah itu sendiri. Allahurabbi. Syukron jiddan adik-adik permata agama.

Terasa sebak dikala mendengar alunan qasidah ‘ya Badrotim’ dan nasyid ‘Anak Soleh’ yang dipersembahkan adik-adik semasa majlis penutup. Allah, sayu melihat wajah-wajah mereka. Seolah-olah ketika itu mereka sedang meluahkan isi hati masing-masing. Wallahu’alam.

Tika mana pihak kami, relawan Islamic Outreach ABIM ingin bertolak pulang, kami rasa benda yang sama. Sama-sama punya perasaan yang tidak mahu melepaskan antara satu sama lain untuk berpisah. Wahai hati, jadikan setiap pertemuan dan perpisahan itu  kerana Allah.

Firman Allah swt,

“Dan Dialah yang mempersatukan di antara hati mereka (yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat juga mempersatukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (An-Anfaal ayat 63)

Kami serba kekurangan.

Allah mencukupi kami.

Takbir!
AllahuAkbar!



Kenangan bersama permata-permata Islam Lilbanat Darul Naim
Ahli Relawan Islamic Outreach ABIM
Abi, berbaju dan berkopiah putih.
Kholah Siti, Kholah Ida.

Terima kasih kepada semua ahli Sukarelawan IOA yang terlibat dalam Program Ziarah Rumah Anak Yatim Lilbanat Darul Naim.

Kalian banyak mengajar ana erti ukhuwah islamiyah. Merasai kemanisan ukhuwah itu sendiri bersama adik-adik di sini. Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada insan-insan yang pertama kali menyambut saya dalam keluarga IOA, Encik Hisyam, dan Adik Shila. 

'Asif jiddan.
 

2 comments:

kehidupan seorang khalifah Muslimah said...

Masya Allah, manis nya kamu Srikandi Umar. Doakan sy jgk bakal mengikuti penghijrahan mu.

Arni Shuhada said...

Segaja puji kembali pada Allah. Insya-Allah. Srikandi sumayyah, moga kita sama-sama teguh di jalan-Nya.