Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Thursday 17 April 2014

Counsellor-to-be?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Counsellor-to-be? Am I? Allah, tajuknya pun macam apa tu.Tak tahu nak kata apa -___-

Consellor-to-be? Insya-Allah :)

Alhamdulillah. Moga kalian yang membaca, saya yang menulis dan juga umat Islam sekeliannya. Ya, semoga kita di bawah naungan rahmat-Nya, kasih Illahi. Subhanallah. Alhamdulillah, Lailahailallah, Allahuakbar!

'Hari ini dan di sini, saya mahu bertenaga, yakin dan berilmu, CHANGE!'

Takbir!

'Allahuakbar!'

Masing-masing bersemangat. Aura mereka dapat saya rasai. Begitulah teknik 'anchor' yang dipelajari saya dalam kursus sebagai fasilitator Isnin lepas. Saya cuba realisasikan di sekolah ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok.

Gementar. Ini bukan pertama kali saya mendapat tugasan sebegini. Kali ini cumanya sedikit berbeza. Teknik dan tips diajar sepenuhnya oleh seorang kaunselor UiTM Machang, Puan Che Na atau lebih mesranya lagi dipanggil Mama Naa. 

Mama Naa. 

Dia bertanya kepada saya, 'haiwan apa yang akan kamu lukis untuk menggambarkan diri kamu?'

'Semut'

'Apakah huraiannya?'

Masa ketika itu tidak mengizinkan untuk saya menghurai panjang lebar mengenai serangga kecil ini. Cuma, saya hanya beritahu, semut itu menggambarkan ukhuwah. Bagaimana? 

Melalui komunikasi. 

Izinkan saya berkongsi kisah semut kecil, 
Ada kisahnya dalam al-Quran. 

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke 'Waadin-Naml', berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari."

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku-dengan limpah rahmatMu-dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh."

(Surah An-Naml, Ayat 18 dan 19)


Subhanallah. 

Semut adalah sangat canggih dalam berkomunikasi. Sampai sekarang, saintis sendiri tidak mampu menjelaskan. Namun, al-Quran telah memberitahu kita bahawa semut boleh bercakap. 

Masya-Allah. 



No comments: