Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Saturday 19 April 2014

'Kindness is a language, which the blind can see and the deaf can hear.'


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum wbt. 

Alhamdulillah. Sollu 'Alan Nabi.  

Ramai juga yang bertanya melalui e-mail selepas saya update entry ZIARAH. Ada juga sampai private message saya dekat facebook. Macam-macam soalan. Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati niat ikhlas kalian. 

Ada yang bertanya, bagaimana untuk memberi sumbangan kepada adik-adik di rumah Anak Yatim Lilbanat Darul Naim? Caranya boleh berhubung terus dengan pihak mereka. Boleh lah like page mereka di facebook, 



Selain bertanya soal sumbangan, ada juga ingin menjadi sukarelawan Islamic Outreach ABIM. Saya juga sebenarya masih baru. Kalian boleh hubungi secara terus Encik Hairul Hisyam Mohamed Suhaimi di facebook beliau, 

  
Pengalaman saya dalam IOA?  

Saya baru sahaja menyertai program ziarah itu buat pertama kalinya. Ukhuwah antara ahli juga banyak mengajar tentang ukhuwah islamiyah yang sebenar. Pada mulanya, saya berasa janggal bila ada panggilan ayah, abi,...Tetapi ini lah yang mereka ingin terapkan, kami ibarat sebuah keluarga.

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (Surah al-Hujuraat, Ayat 10) 

Pengalaman yang pertama kalinya ini amat memberi kesan kepada diri saya. Menyedarkan dari segenap sudut perkara.  Percayalah, walaupun ini aktiviti sukarelawan, jika kita ikhlas dan willing-to-do, tiada apa yang perlu dibangkitkan lagi, melainkan ketenangan. Kita nak keredhaan Allah.

"Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim)

Ingatlah,

Menyayangi dan memelihara anak yatim adalah kewajipan sosial setiap orang Islam. Dan ia adalah salah satu usaha perjuangan Islam yang jarang dilakukan orang. Justeru masalah sosial timbul kerana empat sebab, iaitu tidak memuliakan anak yatim, tidak memberi makan orang miskin, memakan warisan (kekayaan) alam dengan rakus, dan mencintai harta benda secara berlebihan (lihat Surah al-Fajr, ayat 15-20).

Terima kasih kalian yang sudi menyumbang sesuatu kepada ummah.

Barakallah. 



No comments: