Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Wednesday 4 September 2013

Permata yang Comel

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt. Pada Allah SWT jua saya hadapkan segala pujian dan kesyukuran di atas segala anugerah-Nya yang diterima sejak awal mula secara percuma, tanpa sedikit pun tuntutan bayaran sekalipun anugerah itu berupa nikmat yang tiada galang gantinya.  Syukur jua pada-Nya, atas anugerah usia, keafiatan dan masa lapang yang tentunya sedikit sahaja yang masih berbaki, apalagi pada saat hadirnya pertembungan di antara persediaan ukhrawi yang masih belum sempurna dan mungkin ‘serabai’, tanggungjawab manusiawi yang banyak belum terlangsai, hambatan kehidupan yang tak pernah selesai, juga sela-sela waktu yang sangat mencemburui lagi terabai.

Dalam hambatan dan segala pertembungan yang mendatang dan bersilih ganti, saya pujuk diri agar beriltizam dan terus konsisten dalam mencapai impian diri, kadang terasa lemah longlai, namun jika ikutkan nafsu diri dan terpujuk rayuan syaitan, makin binasalah diri.

Saya sering terfikir apakah bentuk yang akan saya persembahkan dalam medium ini. Moga catatan ini menjadi suatu pelaburan yang dapat digunakan di alam sana kelak. Insya-Allah. Saya pilih untuk mencatat sesuatu yang dekat dengan rutin dan pengalaman hidup saya.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya menyertai ‘Kem Solat Bestari’ yang diadakan SK Kubang Ikan, Chendering Kuala Terengganu, Terengganu. Tugas saya  sebagai Ahli  Jawatankuasa Aktiviti di situ. Alhamdulillah, sedikit pengalaman yang dilalui juga simbahan ‘air tangan’  tarbiah daripada mama abah, pensyarah-pensyarah,  ustaz ustazah, guru-guru, sahabat-sahabat, cuba saya kumpulkan agar menjadi teman dan suluhan lewat persinggahan di dunia nan  sementara ini.

Program ‘Kem Solat Bestari’ yang sangat saya kagumi. Usia saya sudah menjengah 20 an. Semuanya cepat dan pantas sekali tanpa ada penangguhan. Melihat adik-adik di sekolah yang semakin maju pengetahuan dan petah dalam berkata-kata mengingatkan saya pada zaman seusia mereka. Pengetahuan saya, kepetahan saya sangat terbatas. Teknologi maklumat sekarang semakin membantu. Alhamdulillah. Moga kita menggunakannya untuk membangunkan umat Islam, berjuang bersama-sama menegakkan agama Allah. Insya-Allah.

Kembali kepada program yang Kelab Minda Islam anjurkan ini, berbagai input dan output yang sememangnya berguna kepada kami para AJK dan barisan Fasilitator daripada Kelab Minda Islam, juga kepada adik-adik sekolah  sendiri. Rata-rata yang saya tanya, adik-adik amat menyukai kem sebegini.  Kata mereka, dengan adanya program sebegini, mereka dapat belajar dan dalam masa yang sama dapat kenal kakak-kakak dan abang-abang dari UiTM. Huh? Apa-apa sahajalah adik-adik kesayangan Allah. Hee.

Keletah mereka.

Masya-Allah, banyak ragam dan kerenah yang kami hadapi.  Adik-adik comel ni sangat senang belajar solat. Mungkin tarbiah daripada rumah yang terkesan pada jiwa permata-permata Islam yang disayangi Allah. Kami cuba yang termampu.

Biasan kasih sayang Allah dalam berukhuwah, agak berat juga bagi saya pada saat program melabuhkan tirai. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Manusia akan pergi, tetapi Allah sentiasa di hati. Berat juga kaki melangkah di saat saya melihat lambaian tangan mereka yang longlai.

Ya Rabb, semoga mereka membesar dalam biah soleh dan solehah. Moga mereka menjadi permata-permata yang menegakkan syiar Islam suatu hari nanti. Moga mereka jua menjadi anak-anak yang berbakti kepada kedua ibu-bapa. Insya-Allah. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.








































Pengalaman mentarbiahkan diri. Terima kasih Ya Rabb.



No comments: