Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Tuesday 12 February 2013

How time flies (PART I)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. Syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi, Allah yang Maha Esa, Maha Bijaksana, lagi Pencipta dan Pengatur alam semesta. Selawat dan salam semoga sentiasa dilimpahkanNya atas junjungan kita Nabi yang Agung, pembawa risalah, Muhammad saw kemudian atas keluarganya dan para sahabatnya. 

        how time flies. -.-

Kan? 

Macam-macam tarbiah, macam-macam ilmu, macam-macam kenangan...

Dan, tidak kurang juga,

Macam-macam citer, macam-macam ragam, macam-macam ujian..

Itu lah kehidupan Shuhada :)
Tahun, bulan, hari, jam, saat yang berlalu ni... banyak mende yang boleh memberi saya erti kehidupan yang lebih mematangkan pemikiran. Eceh, tapi tidak lah matured sangat. Masih berjalan dan terus berjalan. Masih belajar dan terus belajar. Masih meneroka dan meneroka. Masih dan masih sampai akhirnya. Masa yang berjalan bagai menghambat diri. Ilmu yang digapai, amal yang bermanfaat, iman yang turun naik, hati yang masih lagi dibina, semua itu. Semua itu yang masih dan masih diisi dengan sebaik mungkin, insya-Allah. (berapa banyak masih lah) =P 

Kan? 

Hectic schedules. Not so hectic. He he. Sajer je. Hmmm, banyak dan banyak sangat perubahannya, Alhamdulillah.  Moga diri tetap istiqamah. Insya-Allah.

*****

Jom baca :) ada sedikit perkongsian ilmu. 

Assalamualaikum wbt. Syukur, sebelum ni saya dapat menyertai dua Talkshow which are by Hilal Asyraf and by Ustaz Afis Ibrahim. 

Seorang sahabat saya ni mintak saya citer kan balik isi ceramah dari Ustaz Afis Ibrahim. Dia tak sempat nak hadirkan diri kat majlis ilmu pada malam tu. Jadi, dah alang-alang dia suruh share, jadi saya share kan kedua-duanya sekali kat sini. Insya-Allah bermanfaat untuk semua. Apa yang saya akan explain kat sini tidak lah se details Hilal Asyraf dan Ustaz Afis Ibrahim sampaikan pada majlis ilmu tu. Saya cuba yang terbaik. Terima kasih saudara Hilal Asyraf dan Ustaz Afis Ibrahim kerana sudi datang ke kampus kiut kami ni. UiTM Kampus Kuala Terenganu. ( Ewah, promote, promote, ) Aihh, dak aihh. saja ja. hah? tetiba. ok dah. SETOP mengarut  -.-"

Talkshow by Hilal Asyraf first, 

Tak payah lah kan citer tarikh, tempat tu kan. he he. Ok, saya brief isi kandungan ceramah. Kepimpinan Al-Fateh dan Majlis amal "Pray for Gaza" by Hilal Asyraf. Ok semua, cikgu Shuhada nak tanya ni, kenal tak sape tu? 

Hilal Asyraf? (Kenal kenal)

Sultan Muhammad Al Fateh? (Hmm, macam pernah dengar. Hmm,)

Haaa, takpe-takpe. Meh cikgu citer(perasan jadi cikgu kejap, cita-cita). Insya-Allah. =)

First slide yang saudara Hilal tunjuk adalah dari hadis riwayat Imam Ahmad. 

"...Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Apa tu Konstantinopel? Ekceli, itu nama tempat. Sekarang kita panggil tempat tu Istanbul. Berkaitan dengan hadis yang kat atas ni lah yang membuat umat Islam membebaskan Konstantinopel. 

SubhanAllah, hebatnya baginda Sultan Muhammad Al Fateh. 

Apakah kehebatan baginda? 
Baginda telah merealisasikan Hadis Nabi saw hampir 800 tahun kemudiannya setelah lima kempen yang yang dilancarkan sebelumnya gagal iaitu pada zaman kerajaan Umaiyyah, zaman kerajaan Abbasiyyah dan zaman Uthmaniyyah. 

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun.Gelaran Muhammad Al Fateh diberi kerana berjaya membebaskan Konstantinopel. Al Fateh yang bermaksud pembuka atau penakluk. SubhanAllah. 

...Pada waktu tu, saudara Hilal tanya, pada usia 19 tahun, siapakah diri kita? Apakah sumbangan kita pada saudara Islam yang lainnya?

Berfikir di luar kotak. Itu yang cuba saudara Hilal terapkan dalam diri siswa siswi sepertimana cara berfikir baginda Sultan Muhammad Al Fateh. Allahurabbi, awesome!

will be continued...









No comments: