Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Saturday 8 December 2012

shuhada and her new environment :')

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"



Menggapai tugasan ilmu di UiTM Kampus Kuala Terengganu, semester 4.

Assalamualaikum wbt. Pagi itu, terasa seluruh badan saya lemah. Saya tak pasti ianya lemah phisically ataupun mentally. Apa yang pasti, saya rasa lesu dan tak bersemangat. Apa dah jadi dengan azam saya? Saya harus kuat, saya bermonolog menenangkan hati yang gusar, bimbang diri ini down.

Saya melepaskan lelah di kerusi meja study, sekilas saya membalas senyuman adik yang tekun mengemas mejanya yang betul-betul bersebelahan dengan meja saya. Senyuman saya tawar, ia tetap terukir agar bunga-bunga keceriaan tetap ada, cewah! Bermacam lah tugas singgah di benak fikiran. Baru je nak selesai satu perkara, datang lagi satu perkara. Well, itu lah kehidupan Shuhada :')

Pagi itu, matahari belum lagi menjengah langit, namun sudah menjadi kebiasaan saya menyelak kain langsir bilik kami pada setiap pagi. Angin sejuk membuatkan diri betul-betul nyaman. Mata masih lagi layu, bisikan untuk kembali ke tempat tidur makin kuat. Hup! Saya harus kuat. Saya mula kan dgn lantunan suara yang serak dan tersekat-sekat dek kerana cuaca di luar masih lagi berada di suhu yang agak dingin. Saya amati tafsir yang buat saya terpana seketika.


“ yang dengan kurnia-Nya menempatkan kami dalam tempat yang kekal (Syurga); di dalamnya kami tidak merasa lelah dan tidak pula merasa lesu.” Surah Al-Fatir 35 : 35
 

Satu hembusan lembut menitip ke hati saya. Terasa yang lemah tadi beransur berlalu pergi. Mata saya segar. Ada sesuatu yang cuba menarik minat saya. Saya dapat rasa Allah swt dah bagi jawapan kepada saya untuk melawan rasa lemah dalam diri saya ni. MasyaAllah, MasyaAllah, MasyaAllah, sebenarnya lemah itu mengajar erti untuk kita lebih bekerja keras. Ianya penawar, merawat rasa-rasa negatif yang men'down'kan saya. Al-Quran itu benar-benar Kalamullah. Saya lemah tapi saya bahagia. Saya lelah tapi saya tenang. Ini lah harga sebuah perjuangan. Yes, perjuangan! Alhamdulillah.




No comments: