Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Thursday 15 November 2012

Travelog Latihan Itensif Bakal Komander di UiTM Dungun

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

31 Oktober 2012

Hari ini tetap datang jua. Resah di hati hanya Dia yang tahu, Keluh resah jiwa saya tak siapa tahu. Saya cuba tetapkan pendirian dan tetapkan hati. InsyaAllah, saya pergi jua demi adik-adik yang akan menjadi penyambung generasi kami kelak. Latihan Intensif Bakal Komander di UiTM Dungun siri ke 42, satu program yang mana terdiri daripada bakal-bakal komander. Program yang harus saya hadiri ini membuatkan saya betul-betul sebak. Saya tidak tahu kenapa, tidak tahu kenapa diri saya berat untuk melihat adik-adik bakal komander menjalani kawad dan fitness dalam masa yang sama juga menguji kekuatan fizikal dan mental mereka. Jika diikutkan, saya juga menjalani latihan persediaan yang serupa sebelum bergelar seorang komander di UiTM. Cuma tempat latihannya berbeza, jika saya dulu tempat latihannya di UiTM Lendu, Melaka. 

Pagi 31 Oktober 2012, bersamaan hari Rabu, seawal 5:00 pagi, saya dah mula bangun untuk sambung mengemas keperluan saya untuk ke UiTM Dungun nanti. Mimi yang kejutkan saya seawal itu kerana saya dah ingatkan mimi untuk mengejutkan saya. Terima kasih mimi :) Terasa badan saya agak letih, barangkali disebabkan sehari sebelumnya kami pengiring yang akan ke UiTM Dungun memberi serba sedikit tunjuk ajar kepada adik-adik bakal komander. Saya masih ingat pesanan Komander Mirul, Qiba, Abah....Mereka suruh saya ubah attitude yang berlembut tu. Saya hanya mendiamkan diri dan menzahirkan senyuman. Saya hanya mengiyakan apa sahaja perkara yang boleh buat saya bermuhasabah sendiri untuk menjadi hambaNya yang selalu memperbaiki diri ke arah mencari redhaNya. Tapi, siapa sangka, Keknis, Pen. Peg. Rintah Komander Kesatria, Cik Wan Anis meluahkan sendiri apa yang berada dalam hati saya ni, eceh macam tahu-tahu je -.-". Oh lupa, saya panggil dia, Keknis. Apa yang dia cakap pasal saya depan adik-adik bakal komander dan komander-komander pengiring ialah...even saya ni nampak je macam tu, berlembut dengan adik-adik BK, tambah lagi dengan saya memegang portfolio Exco Pembangunan Insaniah, tapi kata Keknis saya mungkin ada cara pendekatan saya sendiri, saya tak wajar dipandang lemah. Tambah Keknis, saya mempunyai semangat yang kuat. Sayu rasa hati saya ni, siapa lah diri saya untuk menerima kata-kata yang saya anggap sebagai pujian menggunung tu. Saya dengan rendah hatinya mengatakan semangat saya tak sekuat yang Keknis cakap tu, mungkin kuat depan dia dan yang lain. Tapi, dalam hati ni, wallahualam. Namun begitu, saya tetap menghormati kata-kata sahabat komander yang lain yang mana ingin melihat saya berubah ke arah ketegasan dan tidak terlalu berlembut. Oh ok, saya akan cuba yang termampu selagi ianya tidak melampaui batas syarak, selagi ianya tidak melanggar prinsip diri sendiri, insyaAllah.

Selesai je mengangkat beg sandang saya ke hadapan kolej, saya memandang sahabat-sahabat saya pada ketika itu, sayu menyelubungi seluruh jiwa saya. Apa yang terlintas di fikiran saya adalah mampukah saya menjadi ikon mahupun seseorang yang boleh dicontohi untuk adik-adik BK. Saya tak sanggup nak  tengok mereka semua menjalani latihan yang tough tu nanti. Saya cuba untuk optimis. Saya yakin latihan sebegini dapat mendidik adik-adik BK untuk menjadi seorang yang kental semangatnya untuk berbakti kepada organisasi, keluarga, negara dan juga agama, insyaAllah. Saya cuba lagi perbetulkan niat, jika saya terpaksa bertegas dengan adik-adik BK nanti, yakinlah ianya kerana Allah swt. Saya bercita-cita besar untuk menanamkan dalam setiap sanubari adik-adik BK menjadi seseorang yang bersandarkan pada niat Lillah dalam apa jua pun urusan mereka kelak.

Sebelum bertolak, adik-adik BK dikumpulkan di hadapan Kolej Kerawang. Amanat dari Cik Wan Anis disampaikan kepada mereka. Kelihatan Keknis begitu bersemangat memberi kata-kata juang kepada mereka. Last sekali, Keknis dan komander-komander yang lain bersama-sama memberi semangat melalui tagline komander Cendering. Setelah itu, saya bergegas untuk bersalaman dengan komander-komander yang lain. Mereka sebenarnya tengah menunggu bas UiTM untuk ke pusat latihan bagi persediaan ke Jambori di UiTM Machang. Pagi tu memang benar-benar buat saya sebak. Mutiara jernih dari kelopak mata saya jatuh satu persatu apabila saya sedar badan saya dipeluk erat oleh sahabat-sahabat seperjuangan, teha, mimi, nana dan zatie, memberi sepenuh kekuatan untuk saya menjaga dan mendidik adik-adik BK.

*****

Hari ke-4

Hari ini sekali lagi saya bertugas pagi bersama Kaksu, Kak Aina, Kak Mira, Cik Cumi, dan Cik Fawwaz. Seawal 4:30 pagi, saya bersiap untuk memantau pergerakan adik-adik BK. Saya turun dengan satu harapan untuk melihat mereka lebih bersemangat selepas brainwash  malam tadi. Ternyata hasrat saya tidak kesampaian. Pada pagi itu, kami telah sedia maklum agar adik-adik BK harus menyanyikan lagu Negaraku, UiTM di Hatiku, dan juga Darah Satria. Apa yang saya lihat disiplin mereka tidak lagi mantap, berkumpul je dah drag banyak masa. Kebanyakannya lewat, yang dalam baris pula tidur. Saya tidak sepenuhnya menyalahkan adik-adik BK, agak faham sekali dengan keadaan yang memaksa mereka melepaskan penat sementara menunggu kekuatan anggota penuh. Saya hanya mendiamkan diri, saya biarkan mereka melayan rasa penat, bila lagi jika bukan pada waktu saya bertugas. Biarlah mereka begitu untuk beberapa minit sementara menunggu. Setelah kekuatan anggota penuh, mereka diberi denda oleh Kak Aina. Saya hanya memantau kalau-kalau ada adik-adik yang sakit, tidak mampu melakukan denda yang diberikan.

Setelah itu, kami komander yang bertugas ni membawa mereka ke Masjid PH(Pusat Hidayah) untuk menunaikan solat jemaah Fardhu Subuh bersama-sama. Saya mengiringi mereka dengan mengayuh basikal, begitu juga dengan komander pengiring dari Cendering yang lain. Basikal yang saya kayuh meluncur laju mengiringi baris yang terdiri daripada adik-adik BK Cendering dan Dungun. Dalam hati saya penuh tanda tanya, apa mereka fikir tentang diri saya ketika itu?, Sakitkah hati mereka melihat komander berbasikal sedangkan mereka harus berlari dalam baris? Sebak lagi menerpa diri, namun saya tetap cuba untuk tabahkan diri. Saya patahkan persoalan-persoalan negatif yang hadir dalam fikiran saya. Mereka akan faham suatu hari nanti, InsyaAllah.

Sampai je di Masjid, saya menyuruh adik-adik rehatkan diri sambil mendengar alunan surah al-Kahfi yang telah siap sedia dipasang oleh imam masjid. Suasana senyap, hanya alunan kitab Allah sahaja kedengaran. Dalam samar cahaya lampu masjid, saya dapat melihat wajah-wajah yang letih melelapkan mata. Saya sekali lagi membiarkan mereka melayan penat. Skuad yang sakit masih lagi di belakang bersama Kak Aina yang mengiringi mereka. Saya mengarahkan mereka terus masuk mempersiapkan diri dengan wudhu' untuk solat jemaah nanti.

***





Usai je solat Asar, Kak Mira, Kaksu dan Kak Aina bersungguh untuk minta saya drive ke pekan Dungun, Kak Aina terutamanya, beria-ia Kak Aina ingin membeli kasut. Saya kuatkan diri juga untuk drive kereta, sebenarnya agak kepenatan. Al Ikhsan adalah destinasi untuk membeli kasut. Kata Kak Aina, dia nak beli kasut yang memuaskan hati. Ohh siapa sangka, kasut yang saya pilih menjadi kesukaan Kak Aina. 

  Di Dewan Makan Redang

Seorang siswi datang ke arah saya. Wajahnya lesu. Dia meminta kebenaran dari saya untuk ke toilet. Katanya kepala pening, terasa ingin muntah. Saya benarkan je. Saya hanya menunggu dari jauh kemunculan siswi tadi muka pintu toilet. Well, lepas sorang-sorang keluar, namun wajahnya tidak lagi kelihatan. Saya dah mulai resah, saya tengok adik-adik BK dah mendapatkan makanan masing-masing. Akhirnya, muncul juga wajah yang sugul itu. MasyaAllah, wajahnya pucat, katanya dia muntah tadi. Saya lantas menggapai "wick" dalam beg "astro elmo" untuk diberikan kepada adik tu. Kakak harap kamu okay adikku sayang :')

*****

Hari ke-5

Selesai saje solat Asar, saya bergegas turun. On duty bersama komander-komander yang lain. Saya tengok mereka belajar kawad tongkat bersama jurulatih Cikgu Man, Cikgu Zeck dan Cikgu Lim. Sambil-sambil tengok tu, saya ambil peluang ni untuk refresh balik apa pelajaran kawad yang saya pernah belajar dulu masa LIBK di UiTM Lendu, Melaka. Alhamdulillah, sungguh-sungguh mereka belajar. Lepastu, mereka bersukan bersama Cik Yob. Apa yang saya tengok, adik-adik BK dah terapkan nilai kerjasama sesama mereka. Then, valleyball time! Gembira sangat tengok mereka gelak-gelak, main sama-sama. Syukur ya Allah di atas kegembiraan ini.

*****

Hari ke-6

Saya tengok adik-adik BK buat kawad perhubungan. Well, terlalu ramai yang touching hari ni disebabkan perkara malam tadi tu. Tapi cerita tu tak habis lagi. Ianya memang sebuah gimik tapi saya kurang pasti adakah ini mempunyai maksud tersirat. Saya cuba positifkan minda dan hati agar terus berprasangka baik. Apa yang saya faham gimik ini mungkin untuk melihat sejauh mana adik-adik BK memahami apa erti sebenarnya perkataan ikatan adik beradik tu sendiri. Nama pun adik beradik kan? So, susah senang sama-sama lah ye? Ops, jangan lupa, batas pergaulan masih ada. Everything is about sharing. And that we called caring each other. As a kakak here, I just wanna say that,
"Adik-adik, kakak sayang kamu semua. Jaga diri, akhlak kamu, hati kamu dan perbetulkan niat kamu dik!"



p/s : Hari-hari yang tertera ni je sempat untuk menulis. Syukur tengok adik-adik BK ber-full u untuk passing out pada 11 November 2012.  Tahniah adik-adik batch 3!:D





 


4 comments:

Manis said...

Aihh.. :D Jadilah diri sendiri. Dalam kelembutan terpapar, ada ketegasan membina.

Arni Shuhada said...

InsyaAllah Keknis, I will :)

Unknown said...

Akak rndu adik.. Rndu sgt

Uyul Rosli said...

Akak scroll nak cari entry macam mana adik boleh cari akak semula dalam blog.