Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Tuesday 4 September 2012

Riadah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Petang tadi Allah izinkan saya berkesempatan beriadah even banyak kerja belum settle, sebenarnya bukan riadah sangat tapi Alhamdulillah lebih kurang.  Petang tadi, lepas habis kelas je, saya, Mimi, Fatihah, Izzati dan Adlinna bersiap untuk jaga checkpoint ujian fitness untuk kelab Rekreasi kampus kami.  Kerja sememangnya takkan habis, cuma kita perlu merancang agar segalanya dapat kita buat, insyaAllah.  Plan pun mesti ada Plan A B, C sampai Z.  Z? Hehe.  Hari ini hari yang sangat-sangat buat kawan-kawan dan saya bersyukur.  Tak sangka, apa yang kami takutkan sebenarnya boleh jadi satu kebanggaan kepada kami semua, tapi takde apa yang nak dibanggakan sangat.  Cuma, phewh! Boleh tarik nafas lega siket  after dapat buat presentation secara spontaneous gitu, ewah. 
                                                  
Untuk petang tadi, paling penting kita buat riadah kerana Allah.  Saling menjalinkan ikatan ukhuwah juga perkara terindah dalam hidup saya.  Arni suka(mimi oh mimi, sila lah :P).  Tambah kenalan, tambah ilmu etc...Semua 3, 4 or 5 in 1.  Cantik!!!

Minggu selepas balik raya memang mencabar.  Hectic schedules.  Sahabat yang di sana, maaf sebab saya dah lama tak update blog kita tu.  Tapi, saya ada baca awak punya entry tau, hoho.  InsyaAllah, jika ada kesempatan nanti saya update ok. 
Selain jadual akademik yang padat, saya juga insyaAllah akan balik setiap minggu untuk jenguk keadaan abah di kampung.  Alhamdulillah, semasa saya balik jumaat dan sabtu minggu lepas, keadaan semakin baik.  Cuma, still keadaan dia lemah, still admit ward.  Bila teringat balik kisah abah tu rasa sebak pulak.  Masa tu saya cuti raya Aidilfitri.  Tiga hari sebelum saya balik kampus, abah terpaksa admit ward disebabkan keadaan kesihatan abah yang tidak mengizinkan.  Keadaannya masa tu mmg amat membimbangkan kami sekeluarga tambah-tambah lagi mama.  Pada pagi tu, bila saya ingat balik mmg mengalir air mata saya.  Abah tak berkata apa-apa, dia separuh sedar.  Badan abah tak bergerak langsung. 
Sehari sebelum tu, saya ada bersama abah.  Hampir seharian menjaga abah.  Abah sedar lagi masa tu. Teringat balik kata-kata abah, bila interpret balik maksud abah tu, abah suruh saya jaga diri saya baik-baik, mesti pandai explore sendiri, that’s mean, bergantung kepada diri sendiri, dah tak boleh asyik bergantung kat abah mama and orang lain jugak.  Yes, berdikari.  I have to.  -.- 
Sebak.

No comments: