Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Saturday 17 November 2012

Pray and He will answer you in his own time

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

*Abah admit ward di Hospital Besut, Terengganu. Bertarikh 16hb Nov 2012. Pada jam 2:30 p. m.

Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga kerana masih dikurniakan nikmat iman oleh Allah swt pada hari yang baru ini. Setelah berkongsi pengisian ilmu dengan sahabat-sahabat seperjuangan dua malam sebelum ni, rendah diri menyelubungi diri yang kerdil. Astaghfirullahalazim, istighfar, istighfar, bersyukurlah di atas segala rahmat Allah. 



Sebelum melihat duri pada bunga, perhatikanlah dahulu keindahannya. Sebelum mengeluh tika teriknya cahaya matahari, nikmati dahulu indahnya cahaya. Sebelum menyesali gelapnya malam, kenangkanlah ketenangan dan keteduhannya. SubhanAllah, bersyukurlah kita dalam setiap genap aspek kehidupan. Terima lah apa sahaja dengan penerimaan yang baik.

Hari ini saya masih diuji Maha Suci Allah Yang Maha Menyembuhkan Tiada Tuhan Selain Dia dan tidak ada yang patut disembah selain diriNya. 

Wahai waliku abah, jika dirimu menderita dengan ujian sakit ini, bergegaslah kepada Allah. Perbanyakkanlah istighfar dan doa serta bertaubatlah. Bergembiralah dengan apa yang menggembirakanmu. Sesungguhnya Allah Maha Mengabulkan setiap permohonan, menghilangkan kesedihan dan keburukan. 

Allah swt berfirman: "Atau siapakah yang memperkenankan doa yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya....." (Surah An-Naml:Ayat 62)

Di sini saya melihat seorang mujahidah Islam berperang dengan ujian kesakitannya. Ya Allah, kuatkanlah semangatnya menghadapi ujianMu. 

"Lahaulawalaquwataillabillah"
Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah

Diulang-ulang kalimah agung itu, kalimah yang menjadi salah satu dari harta simpanan di syurga. Inilah kalimah agung yang di dalamnya terdapat rahsia kebahagiaan dan keberuntungan. Perbanyakkanlah membacanya dan usirlah dengannya dari dalam diri segala kesusahan, kesedihan dan kedukaan. InsyaAllah akan beroleh kegembiraan dari Allah dan menemui kemudahan yang dekat waktunya. Hati memujuk lagi, jangan sekali-kali berputus asa atau membiarkan kekecewaan menghimpit diri kerana sesungguhnya tiada satu pun kesempitan melainkan sesudahnya datang kelapangan dan tiada satu pun kesulitan melainkan sesudahnya ada kemudahan. Itulah ketentuan yang PASTI berlaku dan peraturan yang telah ditetapkan. Jadi, berbaik sangka lah selalu kepada Allah, bertakwa lah kepadaNya, memohon lah kepadaNya dan nantikan lah jalan keluar dariNya. Berusahalah. 

InsyaAllah.

Wallahu'alam.

No comments: