Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Sunday 26 January 2020

Entah, perasaan apakah ini?

Bismillah. Allahumma solli a'la muhammad.

Apa paling saya takuti suatu ketika dahulu benar-benar berlaku pada diri saya. Saya teringat dari kata-kata semangat yang entah dari mana saya lupa, katanya kita hanya perlu teruskan hidup dan cuba jadi yang terbaik dari definisi kita dan agama, tak perlu untuk kita compare dengan orang lain, dan usah kita jadikan masa lalu untuk asbab kita lemah hari ini.

Saya benar-benar bimbang akan kesihatan hati dan iman sendiri. Saya cuma rasa bagaikan ada virus yang meresap dan saya sendiri tak boleh nak protect juga defend diri saya.

Pernah tak, bila kita dengar berita gembira atau senang daripada seseorang, kita jadi sedih dan sakit, dan bukan sebaliknya.

Dulu dulu, saya lah paling rasa gembira dan teruja bila saya sendiri dapat berita gembira dari orang lain, walaupun bukanlah khabar gembira itu untuk saya, tetapi saya tetap rasa senang dan bahagia untuk orang itu. Inikan lagi, kalau khabar gembira itu ditujukan untuk saya, benar-benar saya rasa seisi dunia itulah sedang meraikan saya.

Ya, saya tahu.

Hati saya sedang 'sakit', tak sihat. Penuh noda hitam, tersakiti dan dendam yang cuba saya hakis sendiri.

Kadang, saya menangis seorang, menyalahkan diri yang saya rasakan tak bersyukur walaupun secara lisannya saya sentiasa memujuk untuk bersyukur selalu dengan apa saya nikmati hari ini.

Saya tahu, tiada galang gantinya sebuah kebahagiaan memiliki keluarga sendiri, dikelilingi keluarga besar yang supportive, mempunyai kerjaya yang saya semakin ada potensi dengannya, dan beberapa nikmat yang tak mampu saya senaraikan segalanya.

Saya sedih, kerana hati dan jiwa saya tidak habis-habis menyalahkan masa lalu yang terbuang tanpa saya build-up diri saya untuk menjadi hamba-Nya yang soleh.

Ketika menulis entry ini, saya sebak, lalu tiada daya lagi saya teruskan penulisan ini.

Ya, saya tahu, detik ini juga, saya tidak akan berputus asa membuang segala anasir negatif yang mendekati dan meresapi.

Doakan saya.

No comments: