Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Saturday 23 August 2014

Tetap di Hati

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Waktu berjalan tiada henti. Manusia datang silih berganti. Namun sudah tentu yang berganti tidak serupa yang sebelum ini. Banyak perkara berlaku dalam satu jangka masa yang pendek. Tanpa sedar, ramai yang ‘pergi’, samada ‘pergi’ buat selamanya…dan juga yang ‘pergi’ membawa diri mengejar cita. Tujuan kita sama, hanya satu, menuju ‘negeri abadi’.

Betul kata Kak Abel, seakan tidak percaya, pejam celik sahaja semuanya sudah berubah. Begitu pantas menghitung hari. Kak Abel sendiri juga sudah mengorak langkah ke praktikal. Tahun akhir untuk menamatkan pengajian peringkat ijazah. Rasa begitu sekejap momen yang mampu kita rakam bersama. Ber’usrah’, pengalaman, tunjuk ajar, tips, dan pelbagai lagi. Sungguh Arni rindu saat-saat bersama kakak! Seorang yang begitu peramah. Punya prinsip hidup yang teratur sekali. Rindu.

Sahabat-sahabat yang lain juga, akan memulakan pengajian ke peringkat ijazah. Tahniah kepada semua yang berjaya menyambung pelajaran. Kepada yang tidak dapat, usaha kalian bukan terhenti di sini, teruskan mengatur langkah. Punya jalan lagi untuk menjadi seorang yang berjaya. Ya, berjaya di sini dan juga di ‘sana’.

Tahniah.

Ucapan beribu tahniah kepada sahabat-sahabat Shark Squad. Moga pertemuan kita tempoh hari bukanlah pertemuan yang terakhir kalinya. Sehingga kita bertemu lagi pada lain masa. Walau kita semua berjauhan, kenang nama-nama kita semua dalam setiap doa masing-masing. In Sha Allah, Allah akan menemukan kita semua suatu hari nanti. Sahabat sampai syurga-Nya. Gali lah ilmu di mana pun kalian berada, niat kerana-Nya.



Adilah, jaga diri di UiTM Seremban nanti, kirim salam Tuan! Teruskan bersemangat! Eylah tetap sumber inspirasi Arni dari dulu sampai sekarang. Srikandi Sumayyah.

Wani. ‘Alwani Kausar’, nama yang Arni letak dalam cerpen Arni buat dulu. Tak sangka, cerpen tu mendapat tempat di mata juri. Mungkin sebab ada nama ‘Alwani’ kot. Terima kasih Wani untuk segalanya. Selalu ringan tulang tolong Arni. Marah Arni kalau Arni sedih. Wani memang tak boleh tengok orang nangis kan. Tapi, Arni selalu tengok Wani nangis. Itu tak apa pulak. Setiap kali Wani nangis, Arni selalu rasa bersalah, Arni bukan macam Wani, tahu pujuk. Arni cuba sedaya upaya fikir macam mana nak pujuk Wani. Teringat pula Arni tulis surat dan tinggalkan atas meja Wani sebelum Arni pergi kelas masa akhir semester Arni dulu. Tahu tak? Arni selalu rindukan Wani setiap kali berada di meja study masa Arni dah dapat sambung ijazah dulu. Yela, selalu kalau tengok sebelah ada Wani. Apa-apa pun yang Wani lakukan, buat yang terbaik. Kuatkan semangat sahabat! Kita jumpa lagi suatu hari nanti.

Afiqah, cik Yam. Arni baru sahaja tengok video kenangan kita dulu di UiTM Puncak Alam tadi. Masa tu, Pyka gelarkan diri Pyka sebagai ‘cik Yam’. Kita jadi pengacara untuk program, ‘Eylah Wonderland vs Jiha Square’. Tanpa sedar, air mata bertakung. Rindu detik-detik itu. Jaga diri di UiTM Segamat. Jangan risau ya, tak jauh mana pun UiTM Segamat tu dari rumah Pyka. 2 jam perjalanan saja pun. Sayang ‘Pyka Cute’.

Najihah, si atlet kecil molek. Cik mek molek ni nak datang sambung pelajaran di UiTM Kelantan (Kampus Kota Bharu) tidak lama lagi. Selamat datang ke Kelantan ya. In sha Allah, kita berjumpa di Kelantan. Jiha, si kembar Arni masa LIBK dulu. Selalu bagi semangat masa Arni tak tahan dengan latihan kat Melaka tu. Terima kasih Jiha. Bersyukur Allah dekatkan kita. Selamat maju jaya sahabat!

Yana…Dyan! Cewah nama baru gitu. Tapi panggilan Yana lebih melekat di hati. Terima kasih Yana selalu bagi semangat terutamanya masa jogging. Selalu maintain, selalu sokong Arni. Then, Arni ingat lagi masa Arni sakit kaki dulu, Yana yang selalu datang bilik tanya kaki Arni dah baik ke belum, lepastu Yana letak ubat sampai lah Arni memberanikan diri pergi ke Hospital. Itu pun Yana yang encourage. Terima kasih banyak Yana. All the best! Sayang Yana.

Syiraall the best nanti tau! Terima kasih sebab  ajak Arni join komander masa semester satu dulu. Terima kasih untuk kenangan kita. Terima kasih untuk tudung pemberian semasa akhir semester Arni dulu. Syira, sayang Syira.

Qie, selamat maju jaya sahabat! Kita jumpa di Machang nanti. Tahniah dapat sambung UiTM Kelantan (Kampus Machang). Tak sangka kan, betul tekaan Arni dengan izin Allah. Terima kasih juga dekat Qie. Qie yang sempoi dan selalu buat Arni gelak dengan gelagat Qie. Selalu ada idea yang bernas! Alhamdulillah. Jumpa nanti.

Adda…adjutan! Ya, terima kasih kerana berganding bahu untuk kita sama-sama menjayakan tugas sebagai Adjutan Rejimen V dulu. Tahniah dapat sambung di UiTM Segamat. Jauh merantau. Yang penting jaga anak sedara ‘sharkies’ elok-elok. All the best.

Ayuall the best di UiTM Puncak Alam. Ayu selalu bagi idea-idea yang bernas, pendapat yang adil, dan juga sebenarnya Ayu ni selalu cantik bila senyum, ada lesung pipit. Eh eh. Buat yang terbaik di sana nanti ya!

Syamim...Mimim...tahniah! Jasamu tetap dikenang. Yela hampir 70 peratus gambar-gambar shark squad dalam lappy Arni ni dari hasil seni Syamim. Seorang yang sangat kreatif! Alhamdulillah. Keep it up! Jaga diri di tempat baru. 

Qinqin. Syikin sebenarnya. Qin, Arni teringat dulu setiap kali jumpa Syiqin mesti Syiqin tersenyum. Pernah Arni tanya kenapa. Syiqin jawab Arni yang pesan. Arni pun dah lupa aherher. Btw, keep it up. Moga impian Syiqin belajar overseas nanti dimakbulkan-Nya. Semoga juga scholarship semua diluluskan. Tahniah Syiqin. UiTM Puncak Alam!  Mu tunggu Syiqin datang!

Tiniall the best di UiTM Segamat nanti. Always tinggi lampai mengalahkan mana-mana siswi shark squad. Jaga Adda dan Pyka elok-elok. Kakak lesung pipit. Sayang Tini.

Aina…kak, err ok ok Aina saja. Selalu kecik dan comel. Tahniah dapat sambung di UiTM Shah Alam. Nanti boleh jumpa Mira dekat sana. Kirim salam Mira ya. All the best kat sana nanti. Keep maintain and cute sokmo.

Fana, dapat tempat yang sama macam Aina. UiTM Shah Alam. Teringat dulu Fana pernah cakap kat Arni Fana suka subjek menghafal. Masa Arni pergi bilik Fana musim final exam dulu, penuh dengan nota atas meja study. Kemas sangat tulisan. All the best untuk degree course ni (thumbs up).

Kecik, tahniah juga. Selamat bekerja. Kerja elok-elok. All the best cheq!

Mirul, tahniah dapat UiTM Puncak Alam. Abg Long ‘Shark Squad’. Be strong. Doakan adikmu di sini. Semoga cepat-cepat jadi matang, yela sebab selalu je cari point gadoh dengan adik! All the best!

Fit, tahniah juga. Hope semua berjalan dengan lancar. Keep calms and fit!

Sheikh, tahniah juga.You can do it (break the leg). 


Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada ‘FamousFive’. Tersenyum sendiri mengingatkan nama ‘geng’ kita ni. Tahniah kepada Teha yang dapat further study di UUM dan Mimi di UniKL. Walaupun kita berlainan tempat pengajian, jadikan niat kita satu, menuntut ilmu kerana Allah. Terima kasih banyak pada Teha sebab bagi souvenir ‘F5’. I will keep it nicely. Thanks for the nice relationship between us. 


Sehingga bertemu lagi semua *lambai-lambai tangan*.
Allahumma amin.

Love all of you!

Congratulation. All praises be to Allah.

Takbir! Allahu Akbar!

#PrayforPalestinian
#PrayforMH17
#AlFatihah


*Maaf salah dan silap dalam penulisan.








 

1 comment:

Unknown said...

Baby Sharkies Chendering~~