Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Sollu 'Alan Nabi.
Ramai juga yang bertanya melalui e-mail selepas saya update entry ZIARAH. Ada juga sampai private message saya dekat facebook. Macam-macam soalan. Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati niat ikhlas kalian.
Ramai juga yang bertanya melalui e-mail selepas saya update entry ZIARAH. Ada juga sampai private message saya dekat facebook. Macam-macam soalan. Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati niat ikhlas kalian.
Ada yang bertanya, bagaimana untuk memberi sumbangan kepada
adik-adik di rumah Anak Yatim Lilbanat Darul Naim? Caranya boleh berhubung
terus dengan pihak mereka. Boleh lah like page mereka di facebook,
Selain bertanya soal sumbangan, ada
juga ingin menjadi sukarelawan Islamic Outreach ABIM. Saya juga sebenarya masih
baru. Kalian boleh hubungi secara terus Encik Hairul Hisyam Mohamed Suhaimi di
facebook beliau,
Pengalaman saya dalam IOA?
Saya baru sahaja menyertai program ziarah itu buat pertama kalinya. Ukhuwah
antara ahli juga banyak mengajar tentang ukhuwah islamiyah yang sebenar. Pada
mulanya, saya berasa janggal bila ada panggilan ayah, abi,...Tetapi ini lah
yang mereka ingin terapkan, kami ibarat sebuah keluarga.
"Sesungguhnya mukmin itu
bersaudara." (Surah al-Hujuraat, Ayat 10)
Pengalaman yang pertama kalinya ini
amat memberi kesan kepada diri saya. Menyedarkan dari segenap sudut
perkara. Percayalah, walaupun ini aktiviti sukarelawan, jika kita ikhlas
dan willing-to-do, tiada apa yang perlu dibangkitkan lagi, melainkan ketenangan. Kita nak keredhaan Allah.
"Barang siapa yang menjadikan
mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di
akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan
menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya
selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim)
Ingatlah,
Menyayangi dan memelihara anak yatim
adalah kewajipan sosial setiap orang Islam. Dan ia adalah salah satu usaha
perjuangan Islam yang jarang dilakukan orang. Justeru masalah sosial timbul
kerana empat sebab, iaitu tidak memuliakan anak yatim, tidak memberi makan
orang miskin, memakan warisan (kekayaan) alam dengan rakus, dan mencintai harta
benda secara berlebihan (lihat Surah al-Fajr, ayat 15-20).
Terima kasih kalian yang sudi
menyumbang sesuatu kepada ummah.
Barakallah.
No comments:
Post a Comment