Senyumlah selapangnya.
Bismillah, Allah mengizinkan nama
ARNI SHUHADA BINTI SUKRIDIN
menjadi milik diri.
"Perjalananku jua dirimu pasti berakhir menuju Pencipta,
Andai kata syurga itu layak ku jejaki, ingin ku menapak ke sana bersama-sama dirimu saudara islamku semua."

Tuesday, 18 August 2015

Nursyahirah :)

Bismillah. Allahumma solli a'la Muhammad.



Assalamu'alaikum wbt.

Sudah beberapa minggu tidak mencoret khabar, melakar secebis kalam yang mampu menggetarkan nurani. Sukar barangkali, terasa sesak terhimpit dek waktu yang terisi sepenuhnya dengan aktiviti seharian.

Benarlah, setiap yang berawal pasti akan ada akhirnya. Sebuah pertemuan pasti akan ada perpisahannya. Begitulah. Klise.

Minggu pertama saya di sini, Allah temukan saya dengan seorang sahabat. Juga seorang pelajar ijazah yang akan menjalani pra-praktikal selama tiga minggu di Unit Kerjaya dan Kaunseling tempat saya bekerja untuk sementara. Kali pertama melihat dia, bagai melihat cerminan diri sendiri. Dari cara pemakaian nampak kami seperti tiada beza.

Hah gituw.

How time flies.

Tiga minggu bekerja dan kongsi pengalaman bersama. Sekarang, tamatlah sudah pra praktikal dia di sini. Ini adalah minggu pertama saya tanpa dia di sisi. Sunyi. Tanpa teman untuk bertanya pendapat dan sebagainya.

Well, untuk Nursyahirah, keep in touch ya!

Kenang daku dalam doamu.

Bila Sya dah tiada di sini, ingatan saya memutarkan balik memori sepanjang saya bersamanya. Singkat, namun sangat bermakna. Banyak yang kami kongsikan bersama. Saya dan dia punya impian dan cita yang berbeza. Namun, kami bersependapat menuju matlamat yang sama. Insya-Allah, moga suatu hari, Allah 'hadiah'kan sesuatu yang dia hajatkan.

Teringat semasa satu program sekolah, pada waktu itu saya dan Syahirah mengiringi adik-adik sekolah menaiki bas. Kami tercuit dengan telatah guru melayan pelajar-pelajar sekolah. Saya lihat Syahirah tersenyum lalu bertanya pada saya,

"Shu, apa cita-cita Shu?"

Saya buat gaya ala-ala suspen. *drama sangat

"Dulu cita-cita nak jadi guru."

Saya tersengih.

"Eh samalah. Sya pun nak jadi Cikgu."

"Tapi Sya, sekarang Shu nak jadi Arkitek pulak."

Kali ini, dia memandang saya dengan tanda tanya. Mungkin fikirnya apalah pula nak jadi Arkitek, course yang saya belajar ni satu subjek pun tidak relate langsung dengan subjek engineering.

...Sebab nak 'bina' masjid kan."

Saya berseloroh.

Ketawa kecil.

Betapa saya rindukan kenangan-kenangan kita.
Walaupun hanya tiga minggu.
Ya, itu cukup bermakna.
Sangat.

Nursyahirah, Shu sayang awak. Fillah.

Cantik Aturan Allah :)

"Wajiblah cinta-Ku bagi orang-orang yang berkasih-sayang kerana-Ku."
(Hadis Qudsi)






1 comment:

Uyul Rosli said...

Lama dah tak datang sini. Assalamualaikum tuan tanah. :)