Tidak kau sedar,
Dalam diam aku menadah tangan,
Memilih waktu yang tenang,
Ku selitkan nama mu,
Di setiap doa yang aku bisikkan.
--
Selamat Hari Lahir.
*senyum
Kbai.
“Sahabat, jangan pergi…” saya membisik sendiri.
“Kuatlah, Allah ada. Dia pasti ini yang terbaik.”“Wake up, move on!”
“Itu normal, fitrah manusia. Uruskan fitrah itu dengan istighfar. Bersabarlah, itu juga ujian dari-Nya.”
“Kenapa mendiam, jika benar suka berusahalah.”
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.
“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”
“Sahabat, Fi hifzillah. Jaga dirimu di sana nanti. Pagari diri dengan iman dan taqwa kepada-Nya. Ya, jaga diri, cekalkan hati dan teguhkan iman amal. Gencangkan amal soleh semampu boleh. Semoga langkahan jejak perjuangan kita tidak tersasar, ingatlah Allah dalam setiap urusan. Moga keberangkatan dan perpisahan ini ikhlas kerana Allah. Mudahan Allah redha.Allahumma amiin.”
Allah swt berfirman: "Atau siapakah yang memperkenankan doa yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya....." (Surah An-Naml:Ayat 62)
"Lahaulawalaquwataillabillah"Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah
Saya lebih rela hidup sendiri daripada mengahwini lelaki fasik. Patutkah saya main pilih semata-mata kerana ingin berkahwin seperti orang lain? Lelaki yang tidak mahu betaubat daripada rokok, dadah dan arak akan saya tolak awal-awal. Saya tidak mampu untuk taat kepada suami sepertinya. Saya hormati orang yang lebih rela tersalah berkahwin daripada tersalah tidak berkahwin. Itu pilihannya. Saya belum berkahwin jadi saya tidak mahu tersalah berkahwin. Jika saya berkahwin, saya hanya ingin menjadi isteri kepada lelaki yang tepat bukan lelaki yang tersalah pilih. Saya optimis pada takdir yang mendepan. Pilihan Allah sudah tentu yang terbaik. Perlu berbaik sangka dengan Allah. Bagi saya, hidup ini matlamatnya ingin dekat dengan Allah bukan untuk berkahwin. Jika suami tidak membawa keluarga kepadaNya, apa maknanya seorang suami? Lagi malang apabila dia mempengaruhi saya ke kancah kefasikan hingga saya gagal mengenal jalan pulang. Nauzubillah.
Firman Allah swt, "Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah 9:71)