Salam alayk!
Haha rajin pulak akhir-akhir ini mengadap laptop. Update itu ini. Sekadar merakam detik-detik yang bila buka balik suatu hari nanti, akan terukir senyuman syukur. Begitulah. Semalam, bila skrol balik gambar-gambar yang lalu, terjumpa salah satu screenshot sahabat sharkies.
Ini whatsapp dari Syiqin, dapat masa awal tahun 2015.
Pasal tagline tu dia sebut. Haha. Semua orang andaikan, inilah tagline seorang Arni Shuhada.
"Dalam kelembutan terpapar, ada ketegasan membina."
Sebenaqnya, tagline terinspirasi bila seseorang describe diri saya dengan kata-kata itu. Lalu saya selalu gunakannya sebagai ayat wajib bila nak menghabiskan satu-satu ucapan waktu diploma dulu. Sampailah sekarang, ayat itu disebut-sebut oleh teman-teman dan beberapa rakan penulis yang lain.
Ada juga menggelar saya sebagai "Srikandi Umar".
*Allahurabbi, kerdilnya diri.*
Hadza min fadhli Rabbi.
Memanglah jika disingkap keperibadian sahabat
Nabi, Saidina Umar Al-Khattab, kelembutannya dibalik ketegasan.
Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari:
Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari:
Ketika datang Saidina Umar bin Khattab ra,
Rasulullah saw kebetulan sedang mengajar kaum nisa, kaum wanita, kaum wanita sibuk
suaranya saat itu, begitu Saidina Umar bin Khattab masuk semuanya terdiam, maka
Rasullullah saw tersenyum.
Maka berkata Umar bin Khattab: Ada apa engkau
tersenyum sampai gigimu terlihat, kerana Rasulullah saw itu jika tertawa tidak
terdengar suara baginda, jarang sekali sampai terlihat giginya terkecuali
betul-betul gembira, kenapa engkau seperti ini ya Rasulullah? Apa yang
membuatmu tersenyum kata Saidina Umar.
Rasul berkata: Tadi masih sibuk di sini kaum wanita, saat engkau masuk semuanya diam wahai Umar.
Maka berkatalah Umar bin Khattab ra, ya Rasulullah tidak pantas mereka itu lebih risau dan takut kepadaku, sepantasnya mereka menghormatimu lebih lagi.
Maka Umar bertanya: Wahai kalian kenapa kalian lebih takut kepadaku dari pada Rasulullah?
Maka berkata mereka ini; Wahai Umar, engkau ini tegas dan berwibawa sedangkan Rasulullah saw lembut dan berkasih sayang.
Rasulullah saw tambah tersenyum lagi, seraya berkata: Demi Allah wahai Umar jika syaitan datang berpapasan denganmu di suatu jalan, syaitan itu akan mencari jalan dari bukit yang lain, untuk tidak berpapasan denganmu wahai Umar ra wa ardhoh.
Disini menunjukkan bahawa ketegasan Umar bin Khattab bukan dengan emosi dan
hawa nafsu, beliau adalah orang yang berwibawa dan sangat tegas, akan tetapi
bukan dengan hawa nafsunya, Kerana apa? Kerana syaitan menghindar darinya. Rasul berkata: Tadi masih sibuk di sini kaum wanita, saat engkau masuk semuanya diam wahai Umar.
Maka berkatalah Umar bin Khattab ra, ya Rasulullah tidak pantas mereka itu lebih risau dan takut kepadaku, sepantasnya mereka menghormatimu lebih lagi.
Maka Umar bertanya: Wahai kalian kenapa kalian lebih takut kepadaku dari pada Rasulullah?
Maka berkata mereka ini; Wahai Umar, engkau ini tegas dan berwibawa sedangkan Rasulullah saw lembut dan berkasih sayang.
Rasulullah saw tambah tersenyum lagi, seraya berkata: Demi Allah wahai Umar jika syaitan datang berpapasan denganmu di suatu jalan, syaitan itu akan mencari jalan dari bukit yang lain, untuk tidak berpapasan denganmu wahai Umar ra wa ardhoh.
Inilah sifat Amirul Mukminin yang kedua di zaman Khalifah ar-Rasyidin selepas kepimpinan Rasulullah saw. Yang jarang ada pemimpin di zaman ini.
Ambillah pengajaran ini bersama wahai teman-teman. Pengajaran bagi kita yang menyatakan iman dan taqwa kepada Allah swt.
Moga Allah redha.
Cc:
Syiqin, yang selalu tersenyum.
Naurah, yang memanggilku Srikandi. Yang kugelar jua dirimu Srikandi Agama.
Adilah, yang kugelar dirimu Srikandi Sumayyah.
Ini titipan buat kalian. Eheh.
Syiqin, yang selalu tersenyum.
Naurah, yang memanggilku Srikandi. Yang kugelar jua dirimu Srikandi Agama.
Adilah, yang kugelar dirimu Srikandi Sumayyah.
Ini titipan buat kalian. Eheh.
No comments:
Post a Comment