Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Waktu berjalan tiada
henti. Manusia datang silih berganti. Namun sudah tentu yang berganti tidak
serupa yang sebelum ini. Banyak perkara berlaku dalam satu jangka masa yang
pendek. Tanpa sedar, ramai yang ‘pergi’, samada ‘pergi’ buat selamanya…dan juga
yang ‘pergi’ membawa diri mengejar cita. Tujuan kita sama, hanya satu, menuju
‘negeri abadi’.
Betul kata Kak Abel,
seakan tidak percaya, pejam celik sahaja semuanya sudah berubah. Begitu pantas
menghitung hari. Kak Abel sendiri juga sudah mengorak langkah ke praktikal.
Tahun akhir untuk menamatkan pengajian peringkat ijazah. Rasa begitu sekejap
momen yang mampu kita rakam bersama. Ber’usrah’, pengalaman, tunjuk ajar, tips,
dan pelbagai lagi. Sungguh Arni rindu saat-saat bersama kakak! Seorang yang
begitu peramah. Punya prinsip hidup yang teratur sekali. Rindu.
Sahabat-sahabat yang
lain juga, akan memulakan pengajian ke peringkat ijazah. Tahniah kepada semua
yang berjaya menyambung pelajaran. Kepada yang tidak dapat, usaha kalian bukan
terhenti di sini, teruskan mengatur langkah. Punya jalan lagi untuk menjadi
seorang yang berjaya. Ya, berjaya di sini dan juga di ‘sana’.
Tahniah.
Ucapan beribu tahniah
kepada sahabat-sahabat Shark Squad. Moga pertemuan kita tempoh hari bukanlah
pertemuan yang terakhir kalinya. Sehingga kita bertemu lagi pada lain masa.
Walau kita semua berjauhan, kenang nama-nama kita semua dalam setiap doa
masing-masing. In Sha Allah, Allah akan menemukan kita semua suatu hari nanti.
Sahabat sampai syurga-Nya. Gali lah ilmu di mana pun kalian berada, niat
kerana-Nya.
Adilah, jaga diri di UiTM Seremban nanti,
kirim salam Tuan! Teruskan bersemangat! Eylah tetap sumber inspirasi Arni dari
dulu sampai sekarang. Srikandi Sumayyah.
Wani. ‘Alwani Kausar’, nama yang Arni
letak dalam cerpen Arni buat dulu. Tak sangka, cerpen tu mendapat tempat di
mata juri. Mungkin sebab ada nama ‘Alwani’ kot. Terima kasih Wani untuk
segalanya. Selalu ringan tulang tolong Arni. Marah Arni kalau Arni sedih. Wani
memang tak boleh tengok orang nangis kan. Tapi, Arni selalu tengok Wani nangis.
Itu tak apa pulak. Setiap kali Wani nangis, Arni selalu rasa bersalah, Arni
bukan macam Wani, tahu pujuk. Arni cuba sedaya upaya fikir macam mana nak pujuk
Wani. Teringat pula Arni tulis surat dan tinggalkan atas meja Wani sebelum Arni
pergi kelas masa akhir semester Arni dulu. Tahu tak? Arni selalu rindukan Wani
setiap kali berada di meja study masa Arni dah dapat sambung ijazah dulu. Yela,
selalu kalau tengok sebelah ada Wani. Apa-apa pun yang Wani lakukan, buat yang
terbaik. Kuatkan semangat sahabat! Kita jumpa lagi suatu hari nanti.
Afiqah, cik Yam. Arni baru sahaja tengok
video kenangan kita dulu di UiTM Puncak Alam tadi. Masa tu, Pyka gelarkan diri
Pyka sebagai ‘cik Yam’. Kita jadi pengacara untuk program, ‘Eylah Wonderland vs Jiha Square’. Tanpa
sedar, air mata bertakung. Rindu detik-detik itu. Jaga diri di UiTM Segamat.
Jangan risau ya, tak jauh mana pun UiTM Segamat tu dari rumah Pyka. 2 jam
perjalanan saja pun. Sayang ‘Pyka Cute’.
Najihah, si atlet kecil molek. Cik mek molek
ni nak datang sambung pelajaran di UiTM Kelantan (Kampus Kota Bharu) tidak lama
lagi. Selamat datang ke Kelantan ya. In sha Allah, kita berjumpa di Kelantan.
Jiha, si kembar Arni masa LIBK dulu. Selalu bagi semangat masa Arni tak tahan
dengan latihan kat Melaka tu. Terima kasih Jiha. Bersyukur Allah dekatkan kita.
Selamat maju jaya sahabat!
Yana…Dyan! Cewah nama baru gitu. Tapi
panggilan Yana lebih melekat di hati. Terima kasih Yana selalu bagi semangat
terutamanya masa jogging. Selalu maintain, selalu sokong Arni. Then, Arni ingat lagi masa Arni sakit
kaki dulu, Yana yang selalu datang bilik tanya kaki Arni dah baik ke belum,
lepastu Yana letak ubat sampai lah Arni memberanikan diri pergi ke Hospital.
Itu pun Yana yang encourage. Terima
kasih banyak Yana. All the best! Sayang Yana.
Syira…all
the best nanti tau! Terima kasih sebab
ajak Arni join komander masa semester satu dulu. Terima kasih untuk
kenangan kita. Terima kasih untuk tudung pemberian semasa akhir semester Arni
dulu. Syira, sayang Syira.
Qie, selamat maju jaya sahabat! Kita
jumpa di Machang nanti. Tahniah dapat sambung UiTM Kelantan (Kampus Machang).
Tak sangka kan, betul tekaan Arni dengan izin Allah. Terima kasih juga dekat Qie.
Qie yang sempoi dan selalu buat Arni gelak dengan gelagat Qie. Selalu ada idea
yang bernas! Alhamdulillah. Jumpa nanti.
Adda…adjutan! Ya, terima kasih kerana
berganding bahu untuk kita sama-sama menjayakan tugas sebagai Adjutan Rejimen V
dulu. Tahniah dapat sambung di UiTM Segamat. Jauh merantau. Yang penting jaga
anak sedara ‘sharkies’ elok-elok. All the best.
Ayu…all
the best di UiTM Puncak Alam. Ayu selalu bagi idea-idea yang bernas,
pendapat yang adil, dan juga sebenarnya Ayu ni selalu cantik bila senyum, ada
lesung pipit. Eh eh. Buat yang terbaik di sana nanti ya!
Syamim...Mimim...tahniah! Jasamu tetap dikenang. Yela hampir 70 peratus gambar-gambar shark squad dalam lappy Arni ni dari hasil seni Syamim. Seorang yang sangat kreatif! Alhamdulillah. Keep it up! Jaga diri di tempat baru.
Syamim...Mimim...tahniah! Jasamu tetap dikenang. Yela hampir 70 peratus gambar-gambar shark squad dalam lappy Arni ni dari hasil seni Syamim. Seorang yang sangat kreatif! Alhamdulillah. Keep it up! Jaga diri di tempat baru.
Qinqin. Syikin sebenarnya. Qin, Arni
teringat dulu setiap kali jumpa Syiqin mesti Syiqin tersenyum. Pernah Arni tanya
kenapa. Syiqin jawab Arni yang pesan. Arni pun dah lupa aherher. Btw, keep it up. Moga impian Syiqin
belajar overseas nanti
dimakbulkan-Nya. Semoga juga scholarship
semua diluluskan. Tahniah Syiqin. UiTM Puncak Alam! Mu tunggu Syiqin datang!
Tini…all
the best di UiTM Segamat nanti. Always
tinggi lampai mengalahkan mana-mana siswi shark
squad. Jaga Adda dan Pyka elok-elok. Kakak lesung pipit. Sayang Tini.
Aina…kak, err ok ok Aina saja. Selalu
kecik dan comel. Tahniah dapat sambung di UiTM Shah Alam. Nanti boleh jumpa
Mira dekat sana. Kirim salam Mira ya. All the best kat sana nanti. Keep maintain and cute sokmo.
Fana, dapat tempat yang sama macam Aina.
UiTM Shah Alam. Teringat dulu Fana pernah cakap kat Arni Fana suka subjek
menghafal. Masa Arni pergi bilik Fana musim final
exam dulu, penuh dengan nota atas meja study. Kemas sangat tulisan. All the best untuk degree course ni (thumbs up).
Kecik, tahniah juga. Selamat bekerja. Kerja
elok-elok. All the best cheq!
Mirul, tahniah dapat UiTM Puncak Alam. Abg
Long ‘Shark Squad’. Be strong. Doakan
adikmu di sini. Semoga cepat-cepat jadi matang, yela sebab selalu je cari point gadoh dengan adik! All the best!
Fit, tahniah juga. Hope semua berjalan dengan lancar. Keep calms and fit!
Tidak lupa juga ucapan
tahniah kepada ‘FamousFive’.
Tersenyum sendiri mengingatkan nama ‘geng’ kita ni. Tahniah kepada Teha yang dapat further study di
UUM dan Mimi di UniKL. Walaupun kita
berlainan tempat pengajian, jadikan niat kita satu, menuntut ilmu kerana Allah.
Terima kasih banyak pada Teha sebab bagi souvenir
‘F5’. I will keep it nicely. Thanks for
the nice relationship between us.
Sehingga bertemu lagi
semua *lambai-lambai tangan*.
Allahumma amin.
Love
all of you!
Congratulation.
All praises be to Allah.
Takbir! Allahu Akbar!
#PrayforPalestinian
#PrayforMH17
#AlFatihah
*Maaf salah dan silap dalam penulisan.
#PrayforPalestinian
#PrayforMH17
#AlFatihah
*Maaf salah dan silap dalam penulisan.
1 comment:
Baby Sharkies Chendering~~
Post a Comment