Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ukhuwah islamiyah.
Hari
ini. Saya tertunduk mengumpul kekuatan. Masya-Allah.
“SubhanAllah.
Indahnya Islam,” Abi tersenyum. Manis. Dia membahagikan puding itu kepada satu
kumpulan kepada satu kumpulan yang lain.
Saya
duduk bersama-sama membentuk bulatan ukhuwah itu. Abi datang mendekati sambil menghulurkan pinggan yang
sudah siap dengan puding di dalamnya. Dia hulurkan kepada saya. Masya-Allah. Saya senyum tanda terima kasih,
saya tahu dia tak nampak pun senyum saya. Dalam bulatan, adik-adik
bergilir-gilir ingin menyuapkan secebis roti kepada saya. Saya juga tidak
melepaskan peluang menyuapkan mereka. Allah, nikmat. Makan mengikut sunnah
Rasulullah saw. Rasa tautan hati antara kami semakin teguh.
Pertama
kali saya sampai di teratak ini. Teratak yang terdapat 29 orang adik-adik yatim(muslimat).
Seorang demi seorang datang menghulur tangan bersalaman dengan kakak-kakak
relawan. Allah, sayu hati saat saya dipeluk mereka.
Agak
janggal pada mulanya. Baik dari pihak kami ataupun pihak adik-adik Rumah Anak
Yatim Lilbanat Darul Naim. Ini pertama kali kami bersua. Pertama kali juga saya
sendiri berjumpa dengan ahli-ahli relawan Islamic Outreach ABIM. Adik-adik di
sini semuanya muslimat, tak kekok untuk bertanya khabar. Sifat pemalu
melambangkan perisai mawar agama. Mereka tahu menjaga adab sopan, tutur kata
yang lemah lembut dan tingkah laku yang beretika. Saya tenang menghayati sifat
keperibadian setiap orang daripada mereka. Semuanya mempunyai keistimewaan
masing-masing.
Abi.
Seorang yang saya kagumi sifat budi pekertinya. Tatkala melihat dia tersenyum,
saya nampak jernih wajahnya berseri. Dapat saya lihat bagaimana dia menghayati
ukhuwah islamiyah. Lidahnya sering
dibasahi zikrullah. Allah, betapa syukurnya. Impian saya terealisasi. Biah
soleh dan solehah ini lah mahu saya kecapi sebelum saya pergi meninggalkan
segala isi dunia fana ini.
Betul,
kadang saya rasa tidak layak. Bagaikan diri sehina-hina hamba-Nya. Lumuran dosa
tercalit tidak terhitung banyaknya. Allah Allah Allah. Hanya pada-Mu ku mohon
maghfiroh. Selama ini saya cuma hajatkan, doa, usaha Allahurabbi mungkin
sedikit sahaja. Tetapi hari ini Allah tunaikan hajat. Bersua dengan aktivis
dakwah. Masya-Allah, kerdilnya diri. Hari ini sama-sama turun melihat sendiri
ummah kini, generasi kini, permata-permata harapan.
Aliran
halawatul ukhuwah itu sesuatu yang saya
rasa apa yang nak saya rasa selama ini. Melihat mereka tersenyum memberi saya
suntikan semangat jihad fisabilillah dalam diri. Allah, aura mereka kuat. Tiada
kata-kata atau puisi mampu menggambarkan bagaimana aura mereka terkesan kepada
jiwa saya. Barakallah.
Pengalaman
mengajar erti kehidupan yang sebenar-benarnya.
Hampir
setengah hari bersama mereka. Seperti erti sebuah kehidupan seabad saya dapat.
Dalam tidak langsung, mereka banyak mengajar saya erti kekeluargaan, membawa
saya kepada betul-betul mengecapi kemanisan ukhuwah islamiyah itu sendiri.
Allahurabbi. Syukron jiddan adik-adik permata agama.
Terasa
sebak dikala mendengar alunan qasidah ‘ya Badrotim’ dan nasyid ‘Anak Soleh’
yang dipersembahkan adik-adik semasa majlis penutup. Allah, sayu melihat
wajah-wajah mereka. Seolah-olah ketika itu mereka sedang meluahkan isi hati
masing-masing. Wallahu’alam.
Tika
mana pihak kami, relawan Islamic Outreach ABIM ingin bertolak pulang, kami rasa
benda yang sama. Sama-sama punya perasaan yang tidak mahu melepaskan antara
satu sama lain untuk berpisah. Wahai hati, jadikan setiap pertemuan dan
perpisahan itu kerana Allah.
Firman
Allah swt,
“Dan
Dialah yang mempersatukan di antara hati mereka (yang beriman). Walaupun kamu
menginfakkan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat juga
mempersatukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan
di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”
(An-Anfaal ayat 63)
Kami
serba kekurangan.
Allah
mencukupi kami.
Takbir!
AllahuAkbar!
Kenangan bersama permata-permata Islam Lilbanat Darul Naim
Ahli Relawan Islamic Outreach ABIM
Abi, berbaju dan berkopiah putih.
Kholah Siti, Kholah Ida.
Terima kasih kepada semua ahli Sukarelawan IOA yang terlibat dalam Program Ziarah Rumah Anak Yatim Lilbanat Darul Naim.
Kalian banyak mengajar ana erti ukhuwah islamiyah. Merasai kemanisan
ukhuwah itu sendiri bersama adik-adik di sini. Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada insan-insan yang pertama kali menyambut saya dalam keluarga IOA, Encik Hisyam, dan Adik Shila.
'Asif jiddan.
2 comments:
Masya Allah, manis nya kamu Srikandi Umar. Doakan sy jgk bakal mengikuti penghijrahan mu.
Segaja puji kembali pada Allah. Insya-Allah. Srikandi sumayyah, moga kita sama-sama teguh di jalan-Nya.
Post a Comment